NEW YEAR 2012
Saturday, 21 January 2012 | 7:04 am | 1 Sweety
Assalamualaikum hi hello . Hanif Johari di sini korang semua boleh panggil hanif , anep , HJ kalau dah gedik sangat nak panggil sayang pun boleh hihi . umur 17 tahun tunggu 21 september 2012 ni baru 18 tahun muda kan muda kan --" tinggal dekat Bandar Baru Bangi . okay hidup aku simple je . C O O L (:5:46 PAGI - okay dah pukul 5pagi . dah seminggu lebih aku tak tidur malam main internet sampai pukul 7pagi baru tidur then pukul 7malam baru bangun dah macam tido mati selepas solat maghrib online sampai pukul 4pagi haha dan begitu lah hari keesokannya aktiviti yang sama aku buat tapi solat aku tak lupa okay (Y)
Okay nak cerita pasal BLOG . sebenarnya aku nak buat blog dari form 3 (2009) tapi ada je masalah yang menghalang aku daripada nak create blog akhirnya penantian aku selama 3 tahun blog aku siap jugak di create pada 13 Januari 2012 hari jumaat baru aku dapat create blog , itu pun bro Asri Hishamuddin yang tolong kan . bro ni baik sangat dari zaman myspace 2008 sampai 2012 dia sentiasa tolong aku apabila aku dalam kesusahan walaupun dia tengah exam sanggup dia berkorban alahai baiknya kau bro (':
kalau tak silap 16 atau 17 januari 2012 aku dapat tahu dari facebook bro Asri ayahanda tersayang dia baru pulang ke rahmatullah . harap bro Asri dapat sabar dan tabah menghadapi dugaan yang Allah beri ini . AL-FATIHAH untuk ayah asri semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman . amin .
NEW YEAR 2012 - okay nak cerita pasal tahun baru , seminggu sebelum tahun baru aku dah pakat dengan aiman dan albab untuk keluar new year tengok bunga api tapi aku tak pasti lagi nak hang sebab parents aku tak bagi keluar waktu new year biasalah time new year malam malam macam tu la bahaya kan tapi aku ni degil sangat nak jugak keluar yela baru dapat gaji kerja hotel 18 hari je pun haha
31 Disember 2011 - aku dengan albab kerja hotel sama sama lama . hari ni last day aku kerja dengan albab so memang happy gila la . tapi slack albab ponteng sehari dah la last day kerja damm aku seorang kerja hari ni . albab dengan aiman dah gerak KL pukul 3 petang macam tu kot dengan member member BFF dia . aku masih dekat hotel layan orang putih " good morning sir/madam/miss . coffe or tea ? " haha okay lupakan . lepas aku balik kerja 3petang macam tu terus tidur then 5petang baru bangun hmmm boring aku ajak member hang KL nak tengok bunga api tapi semua malas macam macam alasan puih . it's okay aku online tanya budak facebook siapa nak hang ada la seorang awek comel ni reply then ajak hang nama dia Asha Domokun hihi semangat je aku okay tak kiralah nak hang jugak nak jumpa budak comel hihi . malam tu ada member jiran tawar diri ajak hang KL eceh payah ni nak pilih kawan ke awek comel lepak KL ? hmm lantaklah ajak jugak okay set . lepastu member sekolah faiq dan budak perak nazmi ajak hang KL jugak . aduhaiii makin ramai pulak buntu aku okay aku ajak ajak ayam je aku tipu dia kata aku dah dekat ktm ukm padahal tak sampai lagi . member jiran aku siap punya lama sampai 3 jam aku tunggu last last cancel taknak pegi shit je nasib baik member sekolah yang aku ajak ajak ayam tu ada hihi . okay pukul 11 .20malam baru beli ticket .dammm salah beli ticket buang masa buang duit hmmm last sekali tengok bunga api dekat bandar tasik selatan . awek comel si asha message aku call aku tapi tak sanggup aku nak angkat . kesian dia tapi yang penting dia orang fist wish Happy New Year :) hee okay thanks asha <3 hihi
12 pagi - aku dah sampai salak selatan nak gerak KLCC semangat KLCC walaupun bunga api dah habis haha . aku baru beli ticket yang betul tapi pakguard situ blur dia kata ktm dah tutup . 2pagi baru bukak . cehh aku dengan faiq dan nazmi tunggu 1 jam macam orang gila dia baru nak kata ktm takde puih kau pakguard . dengan hati kecewa aku dengan kawan dua orang tu lepak mamak sampai pukul 2 pagi breakfast jap then pergi ktm tu balik . pakguard tu kata lagi ktm 6pagi baru bukak . shit kau pakguard kau cerita pom pom macam bunga api meletop la . buang masa aku tunggu cis .
2.30pagi - aku , faiq dan nazmi punya semangat nak pergi KLCC haha okay kami buat keputusan jalan kaki dari ktm salak selatan sampai klcc . FUYOOOO gila betul diorang haha okay dah deal kan okay set . kami jalan dari ktm salak selatan penat gila la sampai kena kejar anjing 3 ekor alahai tak masuk akal betul .
4.30pagi - okay akhirnya cita cita kami nak ke klcc sampai jugak fuhhh macam tak percayer dari salak selatan jalan sampai klcc terus naik 8pack dah bukan 6pack lagi haha tipu je . okay cerita dia kami overnight sampai 8.30pagi baru balik bangi . itulah cerita HAPPY NEW YEAR 2012 yang banyak dugaan hihi .
opss 7 pagi dah okay nanti kalau rajin singgah lagi ye dekat blog aku ni hihi kbye Assalamualaikum (:


